Dikemaskini pada: 18 Mac 2026
Sila baca Polisi Privasi ini dengan teliti kerana ia menjelaskan bagaimana produk, perkhidmatan, dan teknologi kami menggunakan data peribadi anda. Sekiranya sesuatu polisi privasi yang berasingan atau tambahan disediakan, Polisi Privasi ini terpakai kepada penggunaan data peribadi oleh kami merentasi laman web, produk dan perkhidmatan kewangan, perisian, aplikasi, alatan, serta perkhidmatan dan fungsi lain yang disediakan oleh kami, sama ada melalui atas talian dan luar talian (dirujuk secara kolektif sebagai “PERKHIDMATAN AUTOCOUNT”).
Polisi Privasi ini mungkin relevan kepada anda walaupun anda bukan pelanggan kami dan tidak pernah menggunakan PERKHIDMATAN AUTOCOUNT. Kami mungkin mempunyai data peribadi anda kerana kami telah menerimanya daripada seorang pengguna PERKHIDMATAN AUTOCOUNT.
- SIAPA KAMI
Auto Count Sdn Bhd (200601031841 (751600-A)) adalah sebuah syarikat Malaysia yang membangunkan dan membekalkan perisian perakaunan berkualiti tinggi serta pelbagai aplikasi dan perkhidmatan perniagaan. Ibu Pejabat kami beralamat di B2-3A-01, Level 3A, Block B2 Meritus @ Oasis Corporate Park, No. 2, Jalan PJU 1A/2, Ara Damansara 47301 Petaling Jaya, Selangor, Darul Ehsan, Malaysia. Sepanjang Polisi Privasi ini, semasa kami menyatakan AUTOCOUNT, kami bermaksud syarikat kami, syarikat berkaitan dan Pengedar Sah AUTOCOUNT kami (secara kolektif, “kami”, atau “pihak kami”).
- JENIS DATA YANG KAMI MENGUMPUL
AUTOCOUNT mengumpul dan memproses Data sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan kami, termasuk Data Peribadi. “Data Peribadi” adalah sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang individu. Ia adalah hampir mustahil untuk menyenaraikan kesemua jenis maklumat yang boleh dianggap sebagai Data Peribadi dan jenis maklumat yang dikumpul dan digunakan oleh kami akan ditentukan oleh jenis PERKHIDMATAN AUTOCOUNT yang anda menggunakan. Meski demikian, Data Peribadi yang dikumpul dan digunakan oleh AUTOCOUNT sebagai sebahagian operasi perniagaan kami boleh termasuk nama, umur, jantina, warganegara, bangsa, status perkahwinan, profesion, nombor kad pengenalan atau passport, alamat tempat tinggal, nombor telefon, alamat emel, data kewangan dan butiran akaun bank anda. Jika anda merupakan sebuah entiti korporat, AUTOCOUNT mungkin akan mengumpul dan memproses maklumat yang berkaitan dengan operasi perniagaan anda melalui PERKHIDMATAN AUTOCOUNT, termasuk data yang berkaitan dengan kewangan perniagaan anda, cukai, pekerja, pelanggan dan pembekal. Bagi tujuan Dasar Privasi ini, maklumat tersebut boleh dianggap sebagai “Data Peribadi” apabila ia diproses melalui PERKHIDMATAN AUTOCOUNT, walaupun maklumat tersebut mungkin tidak dianggap sebagai “data peribadi” dalam maksud Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.
- CARA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA
AUTOCOUNT mengambil suatu cara berasaskan persetujuan dalam pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda. Oleh yang demikian, kebanyakan Data Peribadi yang dikumpul dan digunakan oleh kami adalah diberikan secara langsung oleh anda. Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, kami mengumpul maklumat mengenai anda dan mana-mana pihak lain yang butirannya anda berikan kepada kami semasa anda:-
- mengguna atau mendaftar untuk mengguna PERKHIDMATAN AUTOCOUNT (termasuk percubaan percuma);
- membuat pesanan menggunakan PERKHIDMATAN AUTOCOUNT;
- melengkapkan borang secara atas talian (termasuk permintaan panggilan semula), menyertai tinjauan, memaparkan mesej pada papan mesej kami, memaparkan sebarang blog, menyertai sebarang pertandingan atau cabutan bertuah, memuat turun penerbitan, atau menyertai dalam mana-mana laman interaktif lain yang terdapat dalam PERKHIDMATAN AUTOCOUNT;
- berinteraksi dengan kami melalui media sosial atau chatbot kami;
- hubungi kami di luar talian (contoh: melalui telefon, faks, SMS, atau pos); dan
- menyertai aktiviti atau acara pemasaran kami (contoh, jelajah jalanan (“road shows”), pameran, latihan atau pengumpulan kad perniagaan).
Sekiranya anda memberikan kepada kami maklumat peribadi mengenai individu lain (contoh, pekerja atau pelanggan anda), anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda mematuhi sebarang obligasi dan kewajipan persetujuan di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai berhubung dengan pendedahan sedemikian. Seperti yang dikehendaki oleh undang-undang perlindungan data yang terpakai, anda perlu memastikan bahawa anda telah memberikan notis yang perlu dan telah memperolehi persetujuan nyata individu tersebut atau sebaliknya mempunyai asas undang-undang untuk memberikan maklumat tersebut kepada kami dan bahawa anda menjelaskan kepada mereka bagaimana kami mengumpul, mengguna, memapar dan menyimpan maklumat peribadi mereka atau mengarahkan mereka untuk membaca Polisi Privasi kami.
AUTOCOUNT juga boleh memperolehi Data Peribadi anda daripada pihak ketiga yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai untuk berkongsi maklumat tersebut dengan kami (contoh, untuk tujuan usaha wajar pelanggan) untuk menambahbaik Data Peribadi yang dikumpul oleh kami daripada anda. Data Peribadi yang kami perolehi daripada pihak ketiga mungkin termasuk maklumat daripada agensi kredit, pembekal maklumat carian, dan maklumat yang dipaparkan oleh anda dalam sumber awam.
Kami juga boleh mengumpul maklumat daripada pihak ketiga semasa anda menghubungkan PERKHIDMATAN AUTOCOUNT dengan perkhidmatan mereka. Semasa kami memperolehi Data Peribadi anda daripada pihak ketiga, kami mengambil langkah untuk memastikan bahawa maklumat yang kami terima daripada pihak-pihak ini telah dikumpul dengan persetujuan anda atau bahawa pihak-pihak tersebut adalah sebaliknya dibenarkan secara sah di bawah undang-undang untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kami. Kami juga boleh mengumpul maklumat mengenai cara anda berinteraksi dengan laman web kami dan sebahagian PERKHIDMATAN AUTOCOUNT melalui penggunaan kuki, tag piksel, dan teknologi serupa yang lain. Semasa anda berinteraksi dengan kami di laman media sosial kami, kami mungkin mempunyai akses kepada maklumat tertentu mengenai akaun anda. Laman-laman ini mungkin mengumpul alamat IP anda, menjejak cara anda berinteraksi dengan kami, dan boleh menggunakan kuki untuk membolehkan laman web berfungsi secara teratur. Kami boleh menggunakan maklumat ini untuk memperibadikan pengalaman anda dan untuk menyediakan kepada anda dengan produk atau perkhidmatan lain yang kami anggap mungkin menarik minat anda.
- SEBAB KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA
Data Peribadi anda dikumpul adalah sebahagian daripada aktiviti operasi perniagaan kami. Kami berbuat sedemikian supaya kami dapat membekalkan produk atau perkhidmatan kami kepada anda, berkomunikasi dengan anda, menghantar kemas kini berkala melalui makluman, surat berita dan terbitan lain kami, memaklumkan anda tentang acara yang menarik atau menyediakan maklumat yang kami anggap mungkin menarik minat anda. Kami juga boleh mengumpul Data Peribadi anda bagi mematuhi pelbagai obligasi undang-undang, kawal selia dan kontrak kami.
- CARA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA
Kami menggunakan Data Peribadi anda untuk menyediakan PERKHIDMATAN AUTOCOUNT kepada anda dan perniagaan anda. Kami mengambil langkah untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi daripada kerugian, akses tanpa kebenaran, kehilangan secara tidak sengaja dan penyalahgunaan. Kami juga memastikan bahawa Data Peribadi anda hanya akan disimpan oleh kami selama yang perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini dan tertakluk kepada keperluan undang-undang yang berkuat kuasa. Kami hanya akan berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga sekiranya kami mempunyai persetujuan anda (melainkan kami dihalang berbuat sedemikian oleh sebarang undang-undang, peraturan, proses undang-undang, atau arahan kerajaan yang dikuatkuasakan) dan kami akan mendapatkan persetujuan nyata daripada anda sebelum berkongsi sebarang maklumat peribadi sensitif.
Data Peribadi anda didedahkan kepada atau diakses oleh pihak-pihak berikut hanya atas dasar perlu-tahu:-
- kakitangan, pegawai, dan Pengedar Sah kami;
- Kumpulan Syarikat dan Ahli Gabungan kami;
- mana-mana penasihat profesional termasuk juruaudit, peguam, setiausaha Syarikat, perunding, penasihat dan penyedia perkhidmatan profesional lain yang dilantik berkaitan dengan perniagaan kami;
- pelabur berpotensi atau sebenar atau pengganti hak milik perniagaan atau saham (secara keseluruhan atau sebahagiannya) mana-mana ahli Auto Count Sdn Bhd, termasuk penasihat dan wakil mereka;
- jabatan kerajaan, pihak berkuasa berkanun, pengawal selia industri, pihak berkuasa tempatan dan agensi penguatkuasaan undang-undang; dan/atau
- mana-mana pihak yang kepadanya dikehendaki berbuat sedemikian di bawah undang-undang, melalui perintah mahkamah atau sebagai tindakbalas kepada arahan kerajaan; dan
- semua pihak(-pihak) lain yang perkhidmatannya adalah perlu atau berkaitan dengan operasi perniagaan kami.
Kami boleh berkongsi maklumat yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi, secara umum dan dengan rakan kongsi kami seperti penerbit, pengiklan, pemaju, atau pemegang hak. Sebagai contoh, kami boleh berkongsi maklumat secara umum untuk menunjukkan arah aliran mengenai penggunaan umum perkhidmatan kami.
Sebahagian PERKHIDMATAN AUTOCOUNT membenarkan anda memberi akses akaun anda kepada pengguna lain yang diberikuasa oleh anda (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna Dibenarkan”). Pengguna Dibenarkan ini akan mempunyai akses kepada maklumat dalam akaun anda termasuk Data Peribadi dan boleh melaksanakan pelbagai tugas bagi pihak anda. Dalam keadaan ini, anda akan memikul tanggungjawab penuh terhadap sebarang pengumpulan, penggunaan atau pendedahan Data Peribadi anda oleh Pengguna Dibenarkan anda.
- HAK ANDA
Di AUTOCOUNT, kami menghormati hak anda berkaitan dengan Data Peribadi anda. Bagi komunikasi pemasaran seperti emel promosi, anda boleh meminta kami untuk berhenti menghantar komunikasi tersebut pada bila-bila masa dengan mengikuti arahan henti langgan / nyahlanggan yang terkandung dalam komunikasi pemasaran atau anda juga boleh menghubungi kami secara langsung di marketing@autocountsoft.com.
Anda juga mempunyai hak untuk:-
- mengetahui maklumat Data Peribadi yang kami pegang mengenai anda;
- mengetahui bagaimana kami mengumpul dan menggunakan Data Peribadi anda;
- memastikan rekod Data Peribadi anda yang kami simpan adalah tepat dan terkini; dan
- meminta kami untuk mengehadkan, menghentikan pemprosesan atau memadam Data Peribadi anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kerisauan, atau aduan berkaitan Data Peribadi anda atau dasar privasi kami, anda boleh hubungi Pegawai Perlindungan Data kami dengan menggunakan butiran hubungan yang dinyatakan di bawah.
Anda boleh melaksanakan hak ini pada bila-bila masa dengan hubungi kami melalui cara-cara yang disenaraikan dalam seksyen “Cara Untuk Hubungi Kami” di bawah.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menarik balik persetujuan terhadap penggunaan Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami, kami mungkin tidak dapat menyediakan akses kepada semua atau sebahagian laman web, aplikasi, produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Kami akan menganggap penggunaan berterusan anda terhadap PERKHIDMATAN AUTOCOUNT selepas tarikh kuat kuasa sebarang Polisi Privasi yang dikemas kini sebagai penerimaan anda terhadap perubahan tersebut.
- SEKURITI DAN SIMPANAN MAKLUMAT
AUTOCOUNT memandang serius sekuriti dan simpanan Data Peribadi anda. Kami mengambil langkah teknikal dan organisasi yang bersesuaian untuk melindungi Data Peribadi anda terhadap risiko seperti kerugian sementara atau kekal, kemusnahan, dan akses, pengubahan, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran atau menyalahi undang-undang. Kami menyimpan Data Peribadi dalam bentuk elektronik dan, sekiranya berkenaan, dalam bentuk fizikal dalam sistem dan kemudahan yang selamat. Akses kepada Data Peribadi adalah dihadkan kepada kakitangan yang dibenarkan atas dasar perlu-tahu. Kami menggunakan penyedia perkhidmatan yang bereputasi untuk tujuan pengehosan, sandaran, dan pemulihan bencana, dan mengguna pakai perlindungan pentadbiran, teknikal, dan fizikal untuk melindungi data yang disimpan. Data Peribadi boleh disimpan dalam sistem produksi, log sistem, dan sandaran untuk tujuan kesinambungan dan pemulihan perniagaan, dengan akses terhad kepada media sandaran.
Data Peribadi anda boleh dipindahkan ke, disimpan, dan diproses di negara selain negara Malaysia, iaitu di mana pembekal perkhidmatan awan atau rakan niaga kami berada. Kami memastikan bahawa pemindahan sedemikian mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai dan bahawa perlindungan sewajarnya dilaksanakan untuk melindungi Data Peribadi anda.
Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak dapat menjamin sekuriti Data Peribadi yang dihantar ke laman web, aplikasi atau perkhidmatan kami, atau ke laman web, aplikasi dan perkhidmatan lain melalui internet atau sambungan seumpamanya.
Sekiranya anda mempunyai alasan untuk percaya bahawa interaksi anda dengan kami adalah tidak lagi selamat (contoh, sekiranya anda berpendapat bahawa kata laluan atau akaun anda telah terjejas), sila serta-merta memaklumkan kami dengan menghubungi kami dengan menggunakan arahan dalam seksyen “Cara Untuk Hubungi Kami” di bawah.
- LAMAN DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA
Polisi Privasi ini tidak meliputi dasar dan amalan privasi pihak ketiga atau organisasi lain yang tidak beroperasi bagi pihak AUTOCOUNT. Ini termasuk:-
- mana-mana pihak ketiga yang mengendalikan laman atau perkhidmatan yang dipautkan kepada PERKHIDMATAN AUTOCOUNT. Penyertaan pautan pada mana-mana PERKHIDMATAN AUTOCOUNT tidak menandakan bahawa kami mengesahkan laman atau perkhidmatan yang dipautkan tersebut; dan
- mana-mana pemaju aplikasi, penyedia aplikasi, pembekal platform media sosial, pembekal perkhidmatan rangkaian tanpa wayar atau pengeluar peranti, termasuk sebarang Data Peribadi yang anda dedahkan kepada organisasi lain melalui atau berkaitan dengan PERKHIDMATAN AUTOCOUNT atau halaman media sosial korporat kami.
- CARA UNTUK HUBUNGI KAMI
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai amalan privasi AUTOCOUNT atau sekiranya anda ingin melaksanakan sebarang hak dan pilihan anda seperti yang dijelaskan dalam polisi ini, anda boleh hubungi kami dengan:-
- hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di: dpo@autocountsoft.com; atau
- hantar surat kepada Auto Count Sdn Bhd, B2-3A-01, Level 3A, Block B2 Meritus @ Oasis Corporate Park, No. 2, Jalan PJU 1A/2, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sila sertakan nama, alamat emel, pengenalan akaun anda, dan tujuan permintaan tersebut.
- PERUBAHAN KEPADA POLISI INI
Kami mungkin mengubah Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa supaya ia secara tepat menggambarkan amalan AUTOCOUNT, PERKHIDMATAN AUTOCOUNT dan keperluan undang-undang. Sekiranya kami berpendapat bahawa perubahan kepada Polisi Privasi kami mungkin secara material memberi kesan kepada penggunaan Data Peribadi anda, kami akan berusaha secara munasabah untuk memaklumkan anda terlebih dahulu, seperti menghantar emel atau memaparkan notis yang jelas mengenai perubahan tersebut di laman web kami, untuk memberi tempoh masa yang munasabah kepada anda untuk membantah sebarang perubahan. Kami akan menganggap penggunaan berterusan anda terhadap PERKHIDMATAN AUTOCOUNT selepas tarikh kuat kuasa sebarang Polisi Privasi yang dikemas kini sebagai penerimaan anda terhadap perubahan yang telah dilaksanakan oleh kami. Anda hendaklah sering menyemak semula untuk terus maklum mengenai amalan privasi kami.